Monday, March 14, 2011

[Ilmu] : Anak

Tarikh: 14 Mac 2011
Masa: 2.30 Petang

Saya disahkan hamil semasa genap umur perkahwinan kami 9 bulan.Tak lama bagi sesetengah orang tapi cukup lama bagi saya.Tak dapat saya bayangkan jika diuji Tuhan menanti permata kecil lebih lama dari itu.Untuk itu syukur Ya Allah dan untuk itu juga tabahlah kepada sesiapa yang diuji, sesungguhnya kalian adalah insan yang terpilih kerana kuat dan mampu menanti.

Dalam tempoh menanti untuk disahkan hamil usaha mmg tak pernah putus dan di antaranya ialah saya amalkan membaca ayat di bawah dalam setiap doa saya. Ayat ni saya dapat ketika mendengar ceramah Ustazah Siti Nor Bahyah di TV. Saya percaya apa pun yang kita buat saya yakin Allah mempunyai perancangan yang lebih baik untuk hamba Nya dan janganlah sesekali berputus.

Berikut adalah tafsiran ayat yang saya amalkan berkenaan zuriat.

Surah A-li 'Imraan : Ayat 38
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan"


Surah A-li 'Imraan : Ayat 200
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)

Surah Al-Anbiyaa' : Ayat 89
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".

Semoga kita semua dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin



3 comments:

  1. 7 April ni genaplah 20 bulan kitorang baby-less..
    huhuhu.. Tak sangka lagi 4 bulan selepas tu, dah 2 tahun.. Siapa yang bunting pelamin, 2 tahun tmpoh perkahwinan tu anak dah setahun lebih.. haish...
    aku masih perut buncit lemak.. hehehehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..Permata hati mummy dan daddy..Love both of u..

    ReplyDelete
  3. Yaya: Banyakkan doa dan usaha ye..kemudian tawakkal lah kerana hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita..Aku mendoakan yang terbaik untuk kau dan Wan.

    En. Suami : Kami pun love u..mmmuuuaaah

    ReplyDelete