Masa: 12.00 Tengah Hari
Anak kecil saya sudah masuk 9 bulan, bulan ini. Alhamdulillah sehingga kini si kecil saya masih menyusu badan.Oh tidak lah fully direct breastfeed sepanjang masa.giler kau.Saya kan kerja.Wanita Berkerjaya you.ahaks.Direct Breastfeed hanya pada waktu malam.
Walaupun bekerja, itu bukan alasan untuk saya tidak menunaikan tanggungjawab saya sebagai ibu.
Sebab tu saya sentiasa berdoa, berusaha dan bertawakkal semoga rahmat Tuhan ini tidak ditarik dari saya.Semoga saya berpeluang menyusukan si kecil saya sehingga berusia dua tahun.Mudah-mudahan doa saya dimakbulkan.Amin.
Banyak sangat khasiat susu badan ni tau, antaranya ialah:
Untuk Baby
1. Mengandungi antibodi
2. Susu ibu ada komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai
3. Mengurangkan risiko kepada alahan
4. IQ tinggi
5. Kurang masalah pergigian dan ortodontik
6. Mudah hadam
7. Menggalak tumbesaran
Untuk Ibu
1. Membantu kecutkan rahim
2.Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
3.Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
Bagus kan susu ibu.Jadi tak salah pun lau semua ibu berusaha untuk menyusukan anak mereka dan katakan TIDAK pada susu formula.Berusaha sehingga ketitisan terakhir, dan kemudia redha dengan apa yang diberi.Yelah kadang-kadang agak tension tau kalau dah duduk mengepam tgk2 cuma 1oz yang kuar tak ke haru.lau sekali pam begitu tak apa lau 2,3 kali mau tak menangis.he.sebab itu, kalau nak Exc.Bfeed tak boleh stress tau.sangat-sangat tidak boleh.kena happy selalu.
Walaupun bila pam dapat sikit je, saya senyum dan kata inilah sahaja rezeki untuk anak aku hari ini.Mudah-mudahan rezekinya akan bertambah nanti.
Saya rasa ibu-ibu sekarang pun sudah semakin bijak dan tau betapa berharga dan bernilainya susu ibu ni.Kerajaan pun dah menggalakkan penyusuan susu ibu hingga botol susu diharamkan di wad-wad ibu bersalin kan.Mula-mula sangat pelik, sebab ilmu penyususan susu ibu ni saya tidak dapat ketika mengandung, saya hanya berusaha tanpa ilmu.Saya tidak mengepam lebih awal sbb saya tidak tahu.Kasihan kan saya.
Umur anak saya yang dah nak masuk 9 bln tu menyebabkan ada yang bertanya bagaimana saya masih bertahan memberi susu badan tanpa campur susu formula, jadi untuk next entry saya nak share bagaimana cara saya.Untuk sesiapa yang membaca dan juga untuk rujukan saya kemudian hari..
Saya tinggalkan gambar-gambar dibawah:

Breast Pump Manual Saya
Jenama : Avent Philips
Harga: RM430.00 (termasuk 2 botol susu saiz 9oz dan 2 botol susu saiz 4oz, cooler bag dan teether + bag Avent)

Breast Pump Elektrik dan Bateri Saya
Jenama: Ameda Lactaline
Harga: RM799.00 (termasuk satu packet milk storage dan pelindung ketika menyusu (tak ingat name dia)heh)
Contoh stok susu si kecil sayap/s: Ada orang kata pada saya, oh bagi susu badan ye.Dapatlah berjimat.Tapi bila saya bagi tahu harga breast pump saya terkelu orang tu.hahaha.
No comments:
Post a Comment