Thursday, February 24, 2011

[Jantung Hati] : Tengah Malam

Tarikh: 24 Feb 2011
Masa: 12.40 Tgh Malam

Tidur itu nikmat..kalau dulu di kala ini saya pasti sedang di lautan mimpi..naik kapal terbang sedar-sedar dah di seberang..wah nikmat sungguh..sekarang semua dah jadi tunggang langgang..eh tidaklah sampai hilang terbang jadi zombi kampung pisang tak tidur malam..hah itu karut..cuma si kecil saya yang sering menukar jadual tidur menyebabkan saya dan suami jadi tak keruan dan menyebabkan mummy dan daddy pun sering kesiangan..ah itu alasan..haha

Saat ini pun saya masih lagi terkebil-kebil dan menghadap pc bagi menghilangkan kebosanan menanti si kecil saya pula kebosanan lalu mahu tidur..oh dia sedang mengemas lagi..kemaslah anak..nanti mummy 'kemas' balik ye..

Anak saya sudah berusia 8 bulan..sekejap sangat rasa masa berlalu..sedangkan dulu masa di dalam perut..siksa sungguh menahan sabar menunggu untuk melahirkan permata hati saya ini..

8 bulan dulu telah menjadikan saya seorang ibu dan suami saya seorang bapa..ajaib sungguh kuasa Yang Maha Esa..Kalau dulu saya boleh mandi sambil berangan menjadi Cinderella..sekarang tidak lagi..anak saya mahukan perhatian..anak saya dah pandai membuli..mahu saya mengadap muka dia sahaja dan tak bagi saya bersenang-senang..takpe lah nak..mummy tak marah..dah seharian saya tinggalkan dia bersama pengasuh sementara saya bekerja..kasihan dia..

Di usia si kecil saya 8 bulan..she's now a crawler.Sudah pandai berdiri dan memanjat.Bila sudah memanjat hasilnya meja sisi tempat meletakkan gambar family yang cantik tidak berguna di susun lagi. Sebab anak saya lebih cepat mencapai dan mencampakkan ke lantai sesuka hati.Oh tidak boleh ditinggalkan sendirian bila berdiri.Kena sentiasa memandang.Kalau tak dia akan jadi SuperGirl yang terbang membaringkan diri di lantai dengan kelajuan maha dasyat.Gedebuk.Oh susah sungguh hati saya.Sebab kepala sudah berbenjol sebelum ini.Moga Allah pelihara anak saya.

Fatin gembeng.ha cengeng sangat.Kerap menangis kalau ditinggalkan.Sekalipun saya masih lagi dalam pandangan.Janganla kau berani tinggalkan dia sekali dia menjerit.Mau terkejut urat semua.KAH KAH KAH

Alhamdulillah sehingga kini anak saya masih lagi mengambil susu badan.Fully breastmilk.Sekalipun saya bekerja, Alhamdulillah Allah mengizinkan susu saya mencukupi untuk si kecil saya. Walaupun saya tidak mampu untuk direct breastfeed pada hari siang tapi saya tidak melepaskan peluang pada waktu malam untuk menyusukan dia..Disebabkan oleh kepenatan bekerja kadang-kadang mahu saja saya angkat bendera putih dan beri sahaja anak saya susu formula.Yelah waktu bekerja setiap 2 jam saya akan tutup pintu bilik dan mengepam. Kadang-kadang terdetik juga takut ada yang tak menyenangi maklum saya dikira mencuri masa bekerja.Tapi saya ganti balik masa-masa tu dengan pulang lewat sedikit.Harap-harap susu saya diberkati dan anak saya jadi anak yang berguna.

Now she can talk.Ah tipula.Bolehlah tapi bahasa diala.DADAAADAA.AAAAA..MAAAMAAA.Saya dan suami sering berlumba-lumba mengajar dia menyebut mummy atau daddy.Oh indah bukan.

Saya mahu minta diri dulu. Anak sudah mahukan perhatian. Hari pun sudah lewat malam. Esok mahu bangun awal. Saya tinggalkan kamu dengan foto-foto Fatin di usianya 8 bulan. Selamat melihat.





No comments:

Post a Comment