Thursday, February 24, 2011

[Jantung Hati] :Sambutan Ulang Tahun Suami

Tarikh: 24 Feb 2011
Masa: 9.00 Pagi

9.00 Pagi? oh mengular di tempat kerja ye?Tidaklah.Saya cuma mengisi masa senggang sementara menunggu mesyuarat dimulakan.Helah sungguh.KAH KAH KAH.

Review kedua untuk entry yang dah bersawang.Jangan marah k.Review birthday jantung pisang saya.Ha tidaklah.Jantung Hati saya la.

Majlis sambutan hari lahir suami saya di buat dua kali.Ah bukan anak raja apatah lagi tokey kereta.Cuma kebetulan Raya Cina hari tu kami semua berada di JB dan anak buah saya Danish Arifudin tarikh lahirnya kan sama dengan suami saya 09 Feb.Dan kebetulan suami adik saya Ayie pun di bulan Feb, 4hb.Ha 3 serangkai buat birthday celebration.Bijak kan.keh keh.

Lau ikut saya tak perlu nak besar-besaran tapi adik saya aka papa si Danish buat preparation mcm nak sambut menantu.Ikut sukalah.Yang penting perut kenyang.hah.
So suami dan yang lelain diraikan pada 04 Feb.Saya sumbang duit untuk makanan di majlis tersebut n beli sebiji kek kecil untuk suami berperisa coklat dan berharga murah.Jimat bukan.Eh jangan terpedaya saya memang sudah plan nak beli kek lain pada hari kejadian sebenar tp memikirkan dua partner yang celebrate birthday ada kek takkan nak biarkan suami tumpang tiup lilin kek org.Tak hebat la.He

Sharing is caring.Saya kongsi dengan kamu gambar masa celebration pertama.Enjoy.Hah

Birthday Boys


Clown Girl.
Sambutan hari lahir kedua suami saya dibuat tepat jam 12.00 tgh malam pada 9.2.2011.Bertiga.Kek aiskrim dari Baskin Robin berbentuk Love.Oh jiwang sungguh.Cuma ada sebiji kek yang comel itu sahaja tapi gembiranya bukan kepalang.Ah tipu lagi.Mata sudah mengantuk sebenarnya.Selepas bergambar dan menjamah kek terus simpan dalam peti dan kami dibawa berlayar.Eh bukan naik sampan tapi naik tongkang atas tilam.zzzz.

Nikmati gambar-gambar best untuk ditonton.

Kek Aiskrim Sedap.Peh.

Sesi memotong kek bersama si kecil yang dah merah mata mahu berlayar.
Eh cerita belum tamat.Tak mahu tau ke hadiah apa saya beri pada suami saya.Ha cuba lihat gambar.

PSII & Games

Percaya atau tidak.Inilah hadiah saya beri pada suami saya.Giler bukan.Bak kata kawan-kawan, saya menempah maut membeli hiburan anak kecil ini untuk suami kerana suami pasti akan berubah juga jd anak kecil mahu bermain tak kira masa.Oh jangan bimbang pemberian hadiah saya bersyarat agar saya tak terperangkap.Bermain hanya bila semua kerja rumah telah selesai dilakukan bersama dan anak telah tidur.Bijak bukan.Kasihan sang suami kadang-kadang seperti anak kecil meminta kebenaran pada saya mahu bermain pada waktu petang sedang anak belum tidur.Haha.Saya tidak kejam.Sesekali saya bagi lah.he

Untuk suami tercinta Selamat Hari Lahir Yang ke 27 Tahun.
Saya berdoa semoga kebahagian tidak pernah putus dari hidup kita sekeluarga.Amin

No comments:

Post a Comment