Monday, September 8, 2014

[ATGee Family Trip] : 23 Ogos 2014

Tarikh : 8 September 2014
Masa : 11.15 Pagi

Kalau lah ada superpower rasanya macam nak habiskan je cerita Sydney Melbourne ni hari ni..tapi apakan daya...Mim tu besar sangat..hehe

Ok entry hari kedua ni pasal rombongan cik kiah sekali lagi ke epot Sydney..tak muak2 agaknya..haha..hari ni flight kami ke Melbourne..asalnya nak drive sahaja dari Sydney ke Melbourne dengan anggaran perjalanan 8-10 jam..sambil tu leh la tgk scenery, gunung rumput lembu kambing..tapi bila pikir2..kira2..bawak mak ayah yang dah pernah travel ke Melbourne naik kereta..mmg big no dari diorg..letiiihh..sian..pikir lagi anak sendiri yang kaki meragam dan merengek..bila kena ikat spjg jln kompem akak pun boleh tukar jadi lembu..bila kira kos plak lebih kurang sahaja harganya..maka terbang lagi lah kami..itu pun puas dah bagi janji manis pada Fatin..dia xnak naik flight..serik agaknya lama sgt flight dari Malaysia smlmnya..haha

Selingan jap
Peratikan Faheem..lbh kurang je aksi..gambar 1st nak ke Sydney Airport..gambar 2nd nak ke Malaysia Hall Melbourne..muka bosan n ngantuk..hi






Karangan kalau xde gambo kan bosan..kan kan?hehe..Sementara nak tggu flight bergambo lah kan ape lagi..belah kanan tu anak2 perempuan En Talib..yang paling kurus akaklah kan..hik


Dari Sydney ke Melbourne kami naik Jetstar..lau tak silap harga tiket dalam RM300 seorang (round trip)..bila dah jalan segrombolan ramainya..walaupun time scan semua clear..akan ada sorang atau dua yang akan kena scan secara terperinci..mmg diorg dah bagitau awal2..n setelah diperati orang yang sama dalam group kami yang akan kena iaitu bonda tercinta..bila tanya eh nape mak je kena..dia jawab sbb mak cun lebih..motip?


Eh eh sempat lagi bergambo..hik

Sampai di Melbourne Airport yang sedang direnovate itu kami ke tempat menunggu bas kaler oren..sbb kami dah booking airport shuttle terus ke Malaysia Hall Melbourne..yup kami stay kat Malaysia Hall je..orang2 tak berapa berada bila bercuti mmg kena jimat sehabis baik dan terima apa sahaja seadanya tanpa banyak sangat komplen..motonya ialah ai is redo..hik..

Kami ambil airport shuttle yang hantar terus ke pintu MH sebab senang n kos lebih kurang lau naik public transport aka skybus..tram dll..lagi plak dengan beg n anak kecik..itu best option kot.. tak adventure?takpe2 esok masih ada..

Nilah airport shutlle kami aka star bus..kaler oren..blkg siap ada kotak bergerak tmpt letak beg2 customer..maklum la nama nye bas..tp yg dtg van..nk amek plak rombongan cik kiah..haruslah tak muat dgn beg bondong2 kan..hik



Sampai Malaysia Hall kami lepak2 sementara ketua rombongan aka Naqi uruskan penginapan..kami lepak2 gambo2..eh eh..gambo je kan..he



Nak stay kat MH ni senang je..isi borang..send kat diorang..tggu reply lau ok means tarikh kita pilih tu bilik kosong..dapat la..sampai nnt barula bayar..harga lau bukan student 3 hari pertama $20 then $30..pastu ada bayaran untuk mengemas $15 n depo $100..x la mahal sampai rasa nak meninggalkan..kahkah

Sebabkan kami ramai... kami dapat 5 bilik..1 bilik kat blok lama..lagi 4 kat bilik baru..Meh tgk bilik..




Ok kan?akak ok je.. janji bersih..lepas letak beg..solat, rehat n buat ape patut..misi hari pertama di teruskan dengan aktiviti cari makan..walaupun pagi dah bfast nasi goreng..tapi alahai petang perut dah kruk kruk..so dari MH kami keluar ke kiri sampai traffic light then depan tu dah nampak laluan tram..Stop No 27


Ni la mesin nak top up myki..cash boleh card pun boleh..tu adik ipar guna debit card aussie dia
 

Lau ikut research akak..naik tram then turun kat flinders station sbb plan lepas makan boleh jalan ke art street....tapi tempat makan area tu ada restoran indonesia n tak bertepatan dengan citarasa ayahanda maka kami turun depan sikit di Melbourne Central kemudian menuju ke QV Mall di mana terletaknya PappaRich..





Ni lah 1st time akak makan kat PappaRich..kat Malaysia pun tak pernah jejak..gile jakun..haha..walaupun tau perut lapar..tapi akak masih yakin yang makanannya mmg betul2 sedap bukan sebab kebulur..Harga makan 4 beranak $35.00..murah kan? (smbl kepala duk congak dalam RM..kehkeh)

Selesai makan..kami bawak kaki jalan2 sekitar bandar Melbourne..



 tgk tempat orang waktu malam..nampak kuda untuk pelancong..budak2 dah bising nak naik..bila tanya bayaran $80 kot tah malas nak ingat sbb tau x sanggup nak bayo..haha..so lengah2 kan bdk2 ni pastu jalan lelaju ke depan..jalan..jalan..n jalan..
 

Pastu jalan lagi sampai jumpa tram lama yang sekarang dah jadi cafe..then jumpa tower..sampailah ke Yarra River..phew..


 Ok sampai di sini..nanti akak sambung lagi eh..tata

Wednesday, September 3, 2014

[ATGee Family Trip] : 22 Ogos 2014 (Part 2)

Tarikh : 2 September 2014
Masa : 2.00 Petang

Selesai check makanan
keluar je dari ruangan pemeriksaan
terus mata tangkap sorang budak boroi berlari dan terus peluk2 rombongan kami
adik akak la sapa lagi
gile ikhlas muka rindu nak mati
haha
tergamam dengan situasi sampai lupa nak snap gambo.. 

Adik akak aka Abu Naqiuddin..ada panggil Abu..ada panggil Naqi..
akak panggil most of the time abang..sbb dia abang yang paling tua dalam adik beradik
walaupun dia n laki akak akan selalu kompius bila duduk berdekatan n akak panggil abang, then dua2 toleh
ada akak kesah?haha

Abang ikut wife duduk Sydney duduk rumah MIL yang keje sana
wife belajar, dia kerja as Tourist Guide n Cleaner
ha cleaner kau
ala2 taraf bik Indon, Bangla kat sini
takpe bang..janji halal

As tourist guide mmg mantop
sampai Najwa Latif pun penah jadi customer dia
kelasss
lau sape nak ke Sydney n Melbourne
n tak nak pening2 pikir..tapi tak nak amik travel agent
sila la contact adik akak..hik
 (bang 20% eh..dah promote ni)

Since rombongan cik kiah ni ramai so balik ke Apartment MIL ikut turn la ye
n plan malam tu mmg utk rest sahaja

Alhamdulillah sampai Apmt, tgk atas meja dah ada nasi n daging masak ape ek
tah lupe
yang pasti sedap,adik ipar masak dengan penuh kasih sayang
perut plak mmg emm lapo.. maka Bismillah la kita
gambo?jgn tanya..

ingat pas makan n mandi 
leh tido terus
rupenya ada kejutan
birthday celebration utk August born
bagus adik ipar ni.. kak long bagi 10 bintang

 
Selesai semua 
Akak mulakan aktiviti memunggah beg
utk tinggalkan apa yang tak patut di Apmt dan bawa apa yang patut ke Melbourne
yup esok nya dah naik flight lagi ke Melbourne
nasib 1 jam..itu pun Fatin dah bising..serik kot masa datang lama sangat
tu la sape suh tak tido kan

Setelah berhempas pulas 
Ini lah hasilnya
Sila lihat trunki merah itu utk kenangan
cerita penuh di episod akhir
kihkih
 
Ok tamat hari pertama
tata

Tuesday, September 2, 2014

[ATGee Family Trip] : 22 Ogos 2014 (Part 1)

Tarikh: 2 September 2014
Masa : 9.25 Pagi

 Alhamdulillah
Trip yang dirancang sejak beli tiket bulan Januari hari tu telah selamat berjalan seperti dirancang dengan sedikit pindaan dan drama swasta..phew
namun endingnya tetap mencapai matlamat yang satu
merapatkan ukhwah keluarga En Abu Talib
Amin

Memandangkan hari ini hari pertama bekerja selepas bercuti berdondang sayang 
Maka marilah kita cargaskan diri dengan menulis belog
sementara minda masih di para sedar..sebelum ia menjadi hilang sedar..ahaks

Memandangkan tempoh membeli tiket dengan tarikh kepergiannya ala2 boleh melahirkan seorang bayi maka mmg tersangatlah banyak research yang di buat bagi memastikan family trip ni berbaloi2
siap ada itinerary dengan cara utk sampai ke setiap destinasi dalam powerpoint lagi you
macam nak present viva plak..choi..haha

Dengan tidak membuang masa
Ayuh ikuti pengembaraan kami

 (Converse..bukan penaja kami...beli sendiri..ahaks)
Kasut merah akak tu dari pegi Jerman.. bawak ke Hong Kong..bawak plak ke Sydney and Melbourne ni masih lagi harum walaupun x pernah cuci..haha.. gile teruk
Eh pandora akak pun nak itot..Travel theme yu
Gedik sangat

 Fatin & Faheem pun dah ready
letih kot dah berbulan janji nak naik kapal terbang
hahaha

Air Asia..everyone can fly..gitu
walaupun kapal terbang tambah murah
tapi janji sampai kan..hi


Flight pergi pukul 10 pagi
tapi pukul 5 pagi kami dah gerak ke airport
2 kereta gerak membawa muatan 12 dewasa, 4 kanak-kanak dan luggage2 
lepas letak barang driver2 balik hantar kereta n abang ipar saya aka abg wan tolong hantar driver2 ke airport
(terima kasih abg wan..bajet abg wan baca belog akak..ahaks)

Sementara tunggu driver hantar kereta
yang lelain buat perangai sendiri
bergambo la..berlari la..makan la
 makan bekal okeh..gigih mak akak masak pepagi buta..
masing2 tido tak lena sebab takut terlajak..haha
sandwich sardin..nasi ngan telur hancur..
emm...dap dap..

Percutian kalau bawak rombongan cik kiah..eh kompem bangat mesti ada drama
tapi tak sangka la drama akak awal lagi dah muncul
kisah terlebih muatan dan terpaksa menghalalkan duit tambahan kg kepada Air Asia..cis

Lesson learned: jangan percaya cakap suami2 anda mengenai kecukupan kg, jika yang mengemas beg ialah anda..tet

Walaupun malam tidur tak lena..tapi disebabkan perjalanan pada waktu siang maka kadar untuk membuat tahi mata itu alahai nipis sangat..adalah terlelap barang 10-20 minit je..
tensi mak
Lebih nye buat la apa yang patut
Contohnya:
1. Melihat keindahan ciptaan Tuhan..Allahuakbar


 2. Makan
Set RM20..ada nasi lemak Pak Nasser, Mineral water, kek coklat, air epal
 

 3. Mengisi Incoming Passenger Card..
Tips: Tick / apa yang dibawa atau yang tidak pasti 
itu lebih baik daripada ditangkap dan kemudian disaman
dengan nilai AUD..pengsan

Sepanjang perjalanan anak2 berkelakuan comel dan baik sahaja 
(tolonglah percaya..tolonglah juga percaya yang akak x pernah terpikir nak bagi diorang ubat tidur..ini bukti bergambar) 

 Makan, bergambar, tidur, solat, termenung
eh macam2 lah da buat dalam flight tu
tapi masyaallah lambatnye la rasa
perjalanan hmpir 8 jam ni rasa macam berbelas jam
(sila imagine mata ngantuk tapi tak leh tido plus kena control anak dari buat perangai sbb takut ganggu orang nak tidur..sila imagine..sila.. sila..hik)

Turun dari flight
perkara pertama yang di rasa ialah nebes
eh patut happy la kan..ini nebes dulu yang muncul
almaklum jap gi nak berdepan dengan pegawai2 di epot yang terkenal dengan tahap kecerewetannya 
so marila berdoa dan baca la surah2 yang patut

Rintangan pertama di meja imigresen
officer amik pasport kami 4 beranak
key in..tgk pasport..key in..tgk pasport..key in lagi..pastu cemas..pastu toleh sana..toleh sini
pastu cemas lagi
yang kami laki bini dah terpandang2..apahal plak ni
nak kata pasport less than 6mth..tak mungkin..byk kali dah cek mmg mati lama lagi

pastu datang pegawai atasan dia mintak kami ikut dia
then dia cakap kat husband..rupanya nama Faheem panjang sgt so pegawai tadi kompius n letak Faheem as girl..then tak boleh nak betulkan..kena bos yang buat
kehkeh..padan muke
tunggula anak ko beso nanti lin..bila anak hbs exam..penat tangan nak isi borang OMR
dia amuk nye ko..kahkah

Selesai isu pasport..amik barang..
ok drama no. 3 datang
yang nk declare barang family saya n adik saya je
yang lain tak declare
sbb barang mkn bawak dua kotak je termasuk susu anak saya
brg makan?ye brg makan nak oi..rombongan ramai..takyah fefeeling kaya sangat
selagi boleh di bawa..bawa je..
so bawakla benda-benda basic yang mmg dah diyakini lepas
cth: nescafe 3in1, milo 3in1, maggi pelbagai jenama, kiub pati ayam (utk adik ipar di sana),biskut, makanan dalam tin, bubur instant

walaupun yang declare 4 org
tapi memandangkan kami berjalan segerombolan
maka semua beg yang dibawa diarah utk scan
pergi jela
memandangkan brg yang nak declare dah diasing dalam kotak
so kotak tu je yang dibuka
officer tu sambil buka sambil pandang muka semua org..sambil ngumpat..sambil buka sambil kira berapa org..sambil ngumpat lagi
agak tak tahan agaknya dia pun sembang tanya
bila ckp the whole group adalah family include cucu menantu bagai
terus senyum2..puji..then cakap nothing here all just nice foods
pergh gembira akak
sebab dalam tu akak selit 2 tin F&N susu yang adik akak pesan suh cube bawak
utk buat air nescafe
dia kata susu Aussie tak sedap
Alhamdulillah lepas
lau tau bawak bebyk2..
eh tamak plak..he

 Ok dah banyak gangguan di opis ni..kihkih..
nanti akak sambung eh..
tata

Tuesday, August 12, 2014

[Aidilfitri 2014] : Selamat Hari Raya

Tarikh: 12 Ogos 2014
Masa  : 8.25 Pagi

Selamat Hari Raya uolss
fuh fuh (buanghabuk)
hik
maaf la blog akak ni dah tahap layak dihumban ke laut ni
punyela pemalas nak hapdet
cerita banyak tahap boleh buat drama 
tapi pemalas ya ampun
mmg xleh tolong
hi

Sementara masih di bulan syawal ni
tgk gambar raya nak?


 Ni family sebelah suami saya
Ni la satu2nye gambo pakai baju raya pertama
boleh?
nasib ada gak kan
tahun ni punye raya mmg penuh sederhana
pergh ayat sederhana tak sama langsung dengan baju raya akak yang merelip2 tu
haha

eh serius betul ni
 baju raya tahun ni yang perlu jahit.. kain semua made in bandung
so boleh bayang la kan yang regenya murah sajo.. hik
yang baju jalan anak2 semua nya made in Germany 
pergh bunyi tak mau kalah
tp bile sebut rege ngange ko
x caya?
tshirt anak regenye 2 euro je
kirim kat kawan yang duk sana beli kat primark
hehe
jimat kan
lau convert pn x smpi sepuluh hengget
kat sini?hehe 
bak kata nabil 
lu pikir la sendiri
ouch

Tahun ni turn pagi raya kat rumah mertua
tapi petang raya pertama dah balik jmp mak ayah saya la
ala dekat je kan

 Ok la
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin
Muuaaaahh
Terima la gambo selpie akak
hik


Tuesday, April 8, 2014

[Kerja] : Hijrah

Tarikh : 8 April 2014
Masa : 1.30 Petang

Assalamualaikum uols

Jgn terpedaya dengan tajuk gah tu eh
hehe
isinya tidaklah apa-apa sangat
cuma sedikit karangan bergambar berkenaan perpindahan 
saya 

Ayuh kita susuri

27.3.2014 
Mula bertugas di tempat baru pada 1.4.2014
So sajela ambil cuti 2 hari tu, ilek2kan diri
nanti dah kat tmpt baru takkan baru masuk nak cuti kan
 
Si cantik bambam sedang mengetik kad perakam waktu untuk kali yang terakhir di KKM
cer tgk muka tu
happy kan
haha
sebenarnya tidaklah begitu gembira dan tidak lah begitu sedih
boleh kata tiada rasa
haha


 1.4.2014
Yang sebelah kiri adalah workstation lama saya
Yang sebelah kanan tempat baru
Yup beza..satu bilik..satu partition..tapi katanya itu tmpt sementara sahaja
memandangkan saya di tempatkan di unit baru 
space mmg x ada dan akan berpindah di bangunan lain nanti




 Ini pula parking space saya di KKM
yup siap di FB ada yang ingat saya dah 48
sbb ada parking..haha

rezeki saya jadi org lama
sbb tu ada parking

Tempat baru
Parking siapa cepat dia dapat
haha 

apa-apa sahajalah
tidak sedikit pun perubahan ini buat saya rasa down
serius saya happy..hijrah ini buat saya sentiasa positif

Ini tanda kenang-kenangan saya untuk unit lama

 Ini kenang-kenangan unit n kwn2 baik untuk saya
Alhamdulillah

 

 Bye Bye n thanks KKM
Welcome Jabatan Audit Negara

 Insyaallah KKM tetap dalam hati
7 tahun tu..hi

P/s: Insyaallah bos walaupun rumput x semestinya lebih hijau, saya akan jadikan rumput saya berwarna pelangi..hi..niat saya tetap sama masa isi borang bertukar..nak belajar dan dapatkan sebanyak ilmu yang boleh..