Masa : 9.25 Pagi
Alhamdulillah
Trip yang dirancang sejak beli tiket bulan Januari hari tu telah selamat berjalan seperti dirancang dengan sedikit pindaan dan drama swasta..phew
namun endingnya tetap mencapai matlamat yang satu
merapatkan ukhwah keluarga En Abu Talib
Amin
Memandangkan hari ini hari pertama bekerja selepas bercuti berdondang sayang
Maka marilah kita cargaskan diri dengan menulis belog
sementara minda masih di para sedar..sebelum ia menjadi hilang sedar..ahaks
Memandangkan tempoh membeli tiket dengan tarikh kepergiannya ala2 boleh melahirkan seorang bayi maka mmg tersangatlah banyak research yang di buat bagi memastikan family trip ni berbaloi2
siap ada itinerary dengan cara utk sampai ke setiap destinasi dalam powerpoint lagi you
macam nak present viva plak..choi..haha
Dengan tidak membuang masa
Ayuh ikuti pengembaraan kami
(Converse..bukan penaja kami...beli sendiri..ahaks)
Kasut merah akak tu dari pegi Jerman.. bawak ke Hong Kong..bawak plak ke Sydney and Melbourne ni masih lagi harum walaupun x pernah cuci..haha.. gile teruk
Eh pandora akak pun nak itot..Travel theme yu
Gedik sangat
Fatin & Faheem pun dah ready
letih kot dah berbulan janji nak naik kapal terbang
hahaha
Air Asia..everyone can fly..gitu
walaupun kapal terbang tambah murah
tapi janji sampai kan..hi
Flight pergi pukul 10 pagi
tapi pukul 5 pagi kami dah gerak ke airport
2 kereta gerak membawa muatan 12 dewasa, 4 kanak-kanak dan luggage2
lepas letak barang driver2 balik hantar kereta n abang ipar saya aka abg wan tolong hantar driver2 ke airport
(terima kasih abg wan..bajet abg wan baca belog akak..ahaks)
Sementara tunggu driver hantar kereta
yang lelain buat perangai sendiri
bergambo la..berlari la..makan la
makan bekal okeh..gigih mak akak masak pepagi buta..
masing2 tido tak lena sebab takut terlajak..haha
sandwich sardin..nasi ngan telur hancur..
emm...dap dap..
Percutian kalau bawak rombongan cik kiah..eh kompem bangat mesti ada drama
tapi tak sangka la drama akak awal lagi dah muncul
kisah terlebih muatan dan terpaksa menghalalkan duit tambahan kg kepada Air Asia..cis
Lesson learned: jangan percaya cakap suami2 anda mengenai kecukupan kg, jika yang mengemas beg ialah anda..tet
Walaupun malam tidur tak lena..tapi disebabkan perjalanan pada waktu siang maka kadar untuk membuat tahi mata itu alahai nipis sangat..adalah terlelap barang 10-20 minit je..
tensi mak
Lebih nye buat la apa yang patut
Contohnya:
1. Melihat keindahan ciptaan Tuhan..Allahuakbar
2. Makan
Set RM20..ada nasi lemak Pak Nasser, Mineral water, kek coklat, air epal
3. Mengisi Incoming Passenger Card..
Tips: Tick / apa yang dibawa atau yang tidak pasti
itu lebih baik daripada ditangkap dan kemudian disaman
dengan nilai AUD..pengsan
Sepanjang perjalanan anak2 berkelakuan comel dan baik sahaja
(tolonglah percaya..tolonglah juga percaya yang akak x pernah terpikir nak bagi diorang ubat tidur..ini bukti bergambar)
Makan, bergambar, tidur, solat, termenung
eh macam2 lah da buat dalam flight tu
tapi masyaallah lambatnye la rasa
perjalanan hmpir 8 jam ni rasa macam berbelas jam
(sila imagine mata ngantuk tapi tak leh tido plus kena control anak dari buat perangai sbb takut ganggu orang nak tidur..sila imagine..sila.. sila..hik)
Turun dari flight
perkara pertama yang di rasa ialah nebes
eh patut happy la kan..ini nebes dulu yang muncul
almaklum jap gi nak berdepan dengan pegawai2 di epot yang terkenal dengan tahap kecerewetannya
so marila berdoa dan baca la surah2 yang patut
Rintangan pertama di meja imigresen
officer amik pasport kami 4 beranak
key in..tgk pasport..key in..tgk pasport..key in lagi..pastu cemas..pastu toleh sana..toleh sini
pastu cemas lagi
yang kami laki bini dah terpandang2..apahal plak ni
nak kata pasport less than 6mth..tak mungkin..byk kali dah cek mmg mati lama lagi
pastu datang pegawai atasan dia mintak kami ikut dia
then dia cakap kat husband..rupanya nama Faheem panjang sgt so pegawai tadi kompius n letak Faheem as girl..then tak boleh nak betulkan..kena bos yang buat
kehkeh..padan muke
tunggula anak ko beso nanti lin..bila anak hbs exam..penat tangan nak isi borang OMR
dia amuk nye ko..kahkah
Selesai isu pasport..amik barang..
ok drama no. 3 datang
yang nk declare barang family saya n adik saya je
yang lain tak declare
sbb barang mkn bawak dua kotak je termasuk susu anak saya
brg makan?ye brg makan nak oi..rombongan ramai..takyah fefeeling kaya sangat
selagi boleh di bawa..bawa je..
so bawakla benda-benda basic yang mmg dah diyakini lepas
cth: nescafe 3in1, milo 3in1, maggi pelbagai jenama, kiub pati ayam (utk adik ipar di sana),biskut, makanan dalam tin, bubur instant
walaupun yang declare 4 org
tapi memandangkan kami berjalan segerombolan
maka semua beg yang dibawa diarah utk scan
pergi jela
memandangkan brg yang nak declare dah diasing dalam kotak
so kotak tu je yang dibuka
officer tu sambil buka sambil pandang muka semua org..sambil ngumpat..sambil buka sambil kira berapa org..sambil ngumpat lagi
agak tak tahan agaknya dia pun sembang tanya
bila ckp the whole group adalah family include cucu menantu bagai
terus senyum2..puji..then cakap nothing here all just nice foods
pergh gembira akak
sebab dalam tu akak selit 2 tin F&N susu yang adik akak pesan suh cube bawak
utk buat air nescafe
dia kata susu Aussie tak sedap
Alhamdulillah lepas
lau tau bawak bebyk2..
eh tamak plak..he
Ok dah banyak gangguan di opis ni..kihkih..
nanti akak sambung eh..
tata
bye..bye Malaysia...
ReplyDeletebye ape nye..jom jln lagiii
Delete