Saturday, July 13, 2013

[GorjesMommies] : Bandung Final Day

Tarikh : 13 Julai 2013
Masa  : 5.50 Pagi


Ok ini entry laju2 pasal Bandung
Sebab saya malas rajin sangat 


Final Day di Bandung saya namakan Explore Race Bandung
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa
Membukakan pintu hati kami untuk bergaduh...bertegang urat..
membincangkan isu tempoh masa perjalanan dari Bandung ke Malaysia 
sambil di saksikan Pak Supir

Alkisahnya memandangkan ini hari terakhir
Jadi kami bercadang nak repeat mana2 tempat yang ada lagi barang nak dibeli
sebelum tu kami ke Kopo dulu untuk beli kain pasang
aduh macet macet
jauh tu satu hal jem tu berpuluh hal
saya rasa lau pergi malam smlmnya takdela hari ni rushing sangat
tapi nak wat camne mlm smlm tutup pulak
dalam rumah kedai tu kami dah start melaksanakan explore race
intai2, kembur2, lempar2,susun lbh kurang then bayar
dalam setengah jam je rasanya dalam kedai tu
ha laju tak hengat
balik dari sana kami ke outlet area Jalan Cihampelas
nak cari tshirt superman, batman dan yang sewaktu dengannya as souvenir
then terus balik hotel solat n check out

Next destination ialah Pasar Baru 
since dah check out kami bersepakat untuk tinggalkan luggage di hotel dahulu
untuk ke Pasar Baru

Dalam perjalanan tu la Allah bukakan pintu hati kami untuk bertengkar 
Shida tanya berapa lama perjalanan ke Malaysia since 
dia nak bagitau husband dia exact time arrival
kata Ila flight kul 8.20 waktu tempatan
tiba kul 10.20 waktu Malaysia
Time ada gap 1 jam
so Shida kata 1 jam lbh la pjlnn kita bukan 2 jam lbh
so mulala kuar dakyah tak phm konsep la apa la

then tetiba saya teringat ada whatssapp husband sebelum ni picture tiket saya
so saya bukak then tanya 19 tu jam apa
org pertama yang reply ialah pak supir
jam 7 buk
ha saya pun ckp la flight kita kul 7 ye
ha apa lagi gegak gempita la van tu since masa tu dah kul 2 lbh..haha
so patah balik ke hotel ambil luggage
then terus ke Pasar Baru
explore race capai apa yg dah set nak beli 
dalam 1 jam jumpa balik dekat van

fuh semput..
tapi Alhamdulillah
semua berjalan lancar 
sampai airport kaunter Air Asia pun tak buka lagi
fuh sekali lagi

disebabkan takut tertinggal flight 
kami tak sempat pun nak singgah Kartika Sari..bukan tu je makan pun tak..pergh
tapi Alhamdulillah nasib ada juga kedai yang jual kek n kuih kartika sari
panas2 plak tu tapi sedikit mahal yang masih reasonable
maka membeli lah lagi
hi
makan pun kat  dalam airport..berkongsi 6 org nasi goreng mmg lazat..haha

Memandangkan kami dalam program Explore Race..hi
maka sempat berposing pepagi sebelum kuar dan kat airport sajork
jadi lah kan




Itu sajalah eh..
Tata Titi Tutu

2 comments: