Friday, March 2, 2012

[Breastfeeding]: Freezer


Tarikh:2 Mac 2012
Masa:8.10 pagi

wah rajin betul
sampai dua entry pepagi ni
he..

biasala anak2 tidur lagi
lau dulu dulu anak2 tidur lagi
mesti mak mak wat kuih ke masak ke sapu laman ke
tp mak mak skrg anak2 tido lagi blogging ke fb ke
hi

ok entry ni khas memberi penghargaan kepada en.suami
kerana memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada penyusuan susu ibu

ianya bermula dengan gambar ini


ia spt gambar di atas
peti ais dua pintu saya telah penuh dengan rezeki Faheem Ahmad Qalish
hingga tiada ruang untuk meletakkan lauk2 mentah
sudahlah kedai runcit begitu jauh dari rumah jika nak membeli hari2
akibatnye dua hari saya makan makanan dalam peket atau tin
seperti sardin, maggi, sardin, maggi..hi

maka oleh itu, sepulang dari kerja, en. suami telah mengajak ke Carrefour untuk membeli ini

chest freezer jenama Faber
Alhamdulillah, walaupun ada lagi tmpt yang lebih murah tapi tiada stok
memandangkan peti ais telah nazak
maka sambar sajala
mudah2an usaha mummy n daddy untuk beri yang terbaik kepada anak2
diberkati oleh Allah S.W.T..Amin


ok untuk membuat keputusan membeli barang di atas
bukanlah di ambil dengan sekelip mata ye anak2
banyak faktor yang telah difikirkan dengan semasak masaknya barulah keputusan dibuat
dan saya telah senaraikan pro n cons kepada pembelian diatas seperti berikut:

Kebaikan:
1. Lebih banyak EBM (susu mummy yang telah dibekukan) boleh disimpan.
2. Jangka hayat EBM yang lebih panjang iaitu 6 bulan, dimana lau peti ais dua pintu 3 bulan

Keburukan
1. Terbang RM600.00
2. Lau dah takde susu nak letak apa plak, bukannye meniaga warung nak buh ikan, ayam kan..

eh tp keburukan diatas boleh diatasi jika, dikira dari Faheem berumur 1 hari hingga 6 bulan, anggaran kos susu formula RM100 sebulan, maka genap 6 bulan langsaila kos freezer kan..so saya kena pastikan yang Faheem hanya minum susu ibu sehingga berumur 6 bulan untuk langsaikan kos freezer..tinggal 3 bulan je lagi..kahkah..dah mcm ah long plak..

dan jika ada rezeki selepas 6 bulan hingga 2 tahun masih minum susu ibu..maka perniagaan saya UNTUNG..kahkah.

ok jika lepas 6 bulan tiada rezeki Faheem, daddy kata freezer leh guna untuk adik seterusnye..aik ada adik lagi ke???

so kesimpulannya pembelian di atas bukan pembaziran..yang penting anak saya dapat makanan yang terbaik iaitu SUSU IBU..semoga rezeki Faheem Ahmad Qalish bertambah dan berpanjangan serta dipermudahkan proses penyusuan susu ibu ini..Amin

Thanks Daddy




3 comments:

  1. insyaAllah lg semangat nk bf tu...;) banyaknye susu satu2 bag. skali pam dpt brp oz lin?

    ReplyDelete
  2. Tula.lg semangat.tp freezer ni kecik je.punggah yg dlm peti ais tu penuh da freezer.haha
    Tak tentu kadang dpt 6,kadang 9,kadang 12.double pump elektrik.
    Lau pakai manual sikit jela.malas.he

    ReplyDelete
  3. uishhh...byk tu...rezeki faheem ;)

    ReplyDelete